Dreams come true.

Ehem. Nak kata blog ni berhabuk pun tak jugak sebab blog lama kita dah delete. So after a (lot) while.. kita tulis balik. Tapi probably satu je entry sebab nak coret dan kongsikan kisah ini di sini. Dan kerana tulisan takkan mati. Bukan seperti memori. 

Okay tamat untuk mukaddimah. Proceed kepada kisah. Nothing much just this (inner) 14 years old girl managed to meet someone that she admires for so long. Tak lain tak bukan, Teme Abdullah. Yep, aku pun terikut sekali lah trending si Teme ni. (Tapi kita dah follow lama tau. Tibeh clarify) Oh warning. Kisah kali ni mungkin panjang sebab kita nak kongsi selengkap yang boleh HAHA. Taknak kalah. Okay diam diam. 


Mari mulakan.


Khamis, 23 Mei 2024

Teme post gambar announcement untuk adakan Meet & Greet di PBAKL2024. Aku share dengan kakak aku, and both of us dah ready to war ⚔️ sebab kali ni ada tiket disediakan. 


Ahad, 26 Mei 2024 2100hrs

Website crash. Jadi lepas tekan button tu terus takde apa apa. Cuba dan cuba lagi. Akhirnya 9.19 malam, 'transaction successful'. Alhamdulillah. Tiba-tiba 9.28 malam kakak aku kata kat twitter kata dah sold out. "Hah?? Macam mana boleh sold out?". Sebab aku sumpah ingatkan dia just pre-register and semua orang akan dapat. Rupanya bukan, ada limit, ada capacity. Malam tu Iman Publication pun bagi explanation kat semua berkenaan ini. Sangat kagum dengan pengurusan Iman Publication sebab banyak sangat penambahbaikan kali ni berbanding masa Meet & Greet tahun 2018. 


Tahun 2018 aku tak dapat datang PBAKL sebab kat Terengganu, plus hari Ahad ada class pula. Mampu tengok gambar-gambar orang je masa tu huhu.


Sabtu, 1 Jun 2024 (Tarikh keramat haha) 

Pagi tu sebab aku dan kakak aku tahu kitorang ada slot jadi takdelah datang awal sangat. Kitorang daftar untuk slot pagi pukul 10.20 pagi. Tenang. Turun bawah untuk sarapan kejap kemudian naik semula pukul 11.15 pagi. Panjang lagi beratur sebab somehow slot sebelum kitorang pun belum mula. So kitorang guna masa tu untuk fikir nak cakap apa, 30 saat. Walaupun sebenarnya malam sebelumnya dah buat simulasi hahaha praktis siap berjalan nak pastikan masa tu cukup. 

12.36 tengah hari

Kitorang dapat masuk dalam bilik Kuala Lumpur. Tuuuu Teme kat depan tengah melayan satu-satu pembacanya. Dalam bilik tu pun tersusun cantik. Ada 2 bahagian yang dapat duduk dan bahagian terakhir kena beratur sambil berdiri, sekejap je berdiri ni. Jadi tak rasa letih. Lebih kepada nervous HAHAHA. Masa kitorang duduk kat bahagian kedua (yang lagi rapat dengan bahagian depan), tiba-tiba team Iman nak ubah angle backdrop dengan meja Teme. Jadi Teme kena berdiri buat sementara, lepas tu Teme keluarkan telefon dia untuk rakam kami semua yang sedang menunggu. 😭😭 Baik kan? Sangat menghargai para pembacanya. Dia post pula tu dalam igstory! Okay tak lama lepas tu, sesi bersambung lagi dan bahagian aku jumpa Teme tu aku tak kongsi lah kat sini. Tapi overall, aku rasa hari tu Allah permudahkan sangat sangat. Dari awal-awal sampai hingga lah habis sesi. Aku percaya semua ni berkat doa mak aku. Pagi sebelum bertolak, aku minta mak aku doakan siap bagitahu detail apa yang akan berlaku hari ni.  Alhamdulillah thummalhamdulillah. Sungguh, kekuasaan Allah dan kekuatan doa seorang ibu. 

Keesokannya, Teme post yang dia akan berada di kedai-kedai buku tertentu untuk beberapa hari. Wah! Dan salah satu lokasinya ialah IOI City Mall Putrajaya. Weh! That's like my go-to place kot. So aku pun pergi lah pelagii. Handsome weh Teme pakai denim HAHAHA.Tempat-tempat lain pula kat area KL sana which aku rasa aku takkan pergi. Haha. 


Tiba-tiba. 


"Free tak Sabtu depan? Nak ajak untuk teman pergi Meet & Greet kat MPH TRX tu," mesej daripada kawan aku. Fuh kebetulan aku memang takde plan Sabtu depan. Cepat-cepat aku setuju. Lagipun masa aku pergi Meet & Greet kat PWTC haritu, kawan aku yang ni minta aku kirimkan salam dia ke Teme. Nak lah sampaikan hajat dia yang ni pula. Jadi, aku pun menyebok kat MPH, tak beratur walaupun boleh je kalau aku nak walk-in. Aku pusing-pusing MPH je sebab memang dah lama teringin nak pergi sejak dia buka. Besar weh! Tapi tak dapat explore sangat sebab busy dengan benda lain. Happy sangat tengok Teme sangat enjoy sepanjang sesi tu. Aku pula bukan sejenis yang nak tangkap gambar dia setiap masa. Dalam gallery aku ada berapa je gambar yang dia sorang haha. 


Jujur lepas dah jumpa Teme beberapa kali, aku rasa macam semakin rapat dengan Teme. Err in a way macam aku nampak dia as kawan-kawan jelah. Tu yang tahap excited pun tak segila waktu kali pertama. Haha. 


Harini, 28/6 Teme fly balik London untuk meneruskan hari-hari dia seperti biasa. Hampir sebulan dia kat Malaysia layan para pembaca. Thank you for your time, Teme. We really appreciate your effort and thoughtful gesture. Thanks to Iman Publication for being a big part in this and for making it happen. Semoga success selalu. Untuk geng pembaca Teme pula, thank you sebab menghiburkan sepanjang bulan Jun ni dengan edit-edit korang, komen-komen korang 😂😂 panjang umur murah rezeki, kita bersua kembali. Jaga diri semuanya! Jumpa lagi inshaAllah 👋🏻

Comments